Sunday, March 27, 2011

Macam-macam


Salam sejahtera kepada rakan-rakan saya sekalian. Sudah agak lama saya tidak menulis di halaman blog saya ini. Untuk isi pada kali ini, saya ingin menaip dalam Bahasa Malaysia baku. Maafkan saya jikalau terdapat beberapa perkataan yang silap atau salah. Hal ini kerana sudah lama saya tidak menulis atau menaip dalam Bahasa Malaysia baku. Mungkin juga terdapat beberapa perkataan atau istilah yang di mana saya sudah lupa apa ianya dipanggil dalam Bahasa Malaysia. Untuk tidak membuang masa, saya akan memulakan cerita mengenai hidup saya kebelakangan ini.

 kami bakal-bakal doktor. InsyaAllah...

ya, saya mungkin juga agak sibuk dengan pelajaran. walaupun Tahun 2 untuk Semester 2 ini saya agak mempunyai banyak masa lapang, namun saya cuba mengisinya dengan membuat nota-nota supaya senang untuk dirujuk untuk kemudian hari. ahh... saya juga ingin memberitahu kalian bahawa mulai hari esok, perbezaan masa diantara Malaysia dan juga Moscow hanya 4 jam sahaja. bukan lagi 5 jam. hal ini kerana di sini sudah pun memasuki musim bunga. tetapi musim bunga di moscow ini tidak serupa seperti negara-negara eropah barat lain. Moscow masih lagi dilitupi salji. Salji masih lagi turun dari langit, dan kami yang tinggal di sini tidak boleh membuat andaian mengenai cuaca kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa. Bak kata pepatah "ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari".

 asyraf dan orang kerdil.

selain itu, saya juga ingin menyatakan bahawa sudah dua kali saya ke kelas pembedahan (surgery). setakat ini saya hanya belajar teori dan pengenalan kepada pembedahan. oleh kerana ramai dalam kalangan pelajar tidak membawa topeng (mask) dan topi pada kelas kedua pada hari itu, maka kami tidak dibenarkan untuk melihat pembedahan yang sedang dijalankan pada masa tersebut. malah kami dikejutkan dengan ujian secara tiba-tiba. tetapi Alhamdulillah saya dapat menjawabnya dengan bantuan nota-nota syarahan.

 baru keluar dari ketuhar

Selepas selesai kelas pembedahan, saya dan beberapa orang kawan saya iaitu Acap, Azri dan Harris sempat singgah ke Kompleks beli-belah di Metropolis berhampiran stesen Metro Voikovskaya. kami pergi ke kompleks beli-belah tersebut kerana ia terletak di laluan yang sama dengan laluan ke Hospital tempat saya belajar subjek Pembedahan Am. kami cuma berjalan-jalan di sana dan mengalas perut. tidak membeli apa-apa kerana mahal. hahahaha..

 satu loyang boleh dapat 9 keping kek.

pada sabtu lepas, saya telah membakar Kek fudgy brownies lagi sekali. saya membuat dua loyang. saya ingin memahirkan membuat kek itu kerana kek itu paling sedap yang pernah saya buat. minggu ini saya tidak akan membuat atau membakar kek kerana pada kebiasaannya, saya membuat kek pada waktu awal pagi ahad. tetapi esok pagi saya tidak mempunyai masa. hal ini kerana saya menyertai pertanding Dodgeball dalam Karnival Sukan Satu Malaysia. saya akan menaip mengenai sukan tersebut pada hari lain ya. harap dapat bersabar =)

 persembahan kek yang ini tidak begitu menarik.

ok lah... saya sudah penat menaip menggunakan bahasa malaysia baku... susah kerana sudah lama tidak menggunakannya. terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan bahasa pelik. hehhee... ok.. selamat malam semua. jaga diri baik-baik ya...

 lembab ke tidak?

nyum2~

1 comment:

  1. skill buat cake semakin mantap...
    =)
    nampak sedap dan menyelerakan...
    hihi..

    entry kali ni guna bahasa melayu baku ek..
    tergeliat tak tangan nak menaip..
    ahaks..

    tetiba teringat masa mula2 kitorang dulu pakai baju surgery tu... ada sorg group kitorang warna baju dia pelik sket.. mcm penjual shaurma pun ada gak.. haha.

    ReplyDelete

Pages